Bayi dilibas tali pinggang bapa

January 15, 2011
IPOH - Seorang bapa ditahan polis dipercayai telah mencederakan anak lelakinya berusia 18 bulan di rumah mereka di Kampung Datuk Ahmad Said, Manjui di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, lelaki berusia 54 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam, selepas menyerah diri di Balai Polis Jelapang.

"Mangsa yang mengalami kecederaan patah tulang paha kanan itu dikatakan telah dihempas bapanya ke atas tilam di rumah mereka Jumaat minggu lalu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dzuraidi berkata, lelaki itu pulang ke rumah daripada berniaga dan dikatakan berselisih faham dengan isterinya, lalu masuk ke dalam bilik dan mencapai tali pinggang, sebelum memukul paha kanan anaknya dan menghempaskan mangsa ke atas katil.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) oleh isterinya untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ibu mangsa yang berusia 38 tahun telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Lelaki berkenaan kemudian ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Bernama

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))