'Sukan perlu sokongan berterusan'

December 31, 2010
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia bersama-sama terus menyokong pasukan sukan negara dengan rasa bangga, bukan saja ketika mereka mengecapi kemenangan, tetapi ketika berhadapan kekecewaan.


“Ahli sukan negara baik lelaki atau wanita amat memerlukan sokongan kita. Dalam pada itu, saya berharap kita bergembira menikmati cuti umum hari ini untuk raikan kejayaan kita dan seterusnya menyambut ketibaan tahun baru yang diharapkan akan lebih berjaya.

“Dua belas hari lalu, saya berkesempatan duduk bersama rakyat di Jalan Bukit Bintang untuk menikmati kegiatan masa lapang kegemaran kita, iaitu menonton perlawanan bola sepak.

“Ketika itu saya berasakan diri saya bukan hanya seorang Perdana Menteri, tetapi seorang peminat sukan bola sepak. Kita akan menyaksikan satu perubahan besar kepada bola sepak Malaysia, ini dikuatkan lagi oleh barisan pemain muda malam tadi (kelmarin) ,” kata Perdana Menteri dalam blog 1Malaysia, semalam.

Najib berkata, pemain pasukan kebangsaan mempamerkan bahawa disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan adalah ramuan untuk mencapai kejayaan.

“Jika kita terus berusaha berteraskan semua nilai itu, kita mampu melonjakkan bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi. Tahniah kepada pasukan jurulatih dan Harimau Malaya atas kejayaan hebat ini. Kita sudah menikmati beberapa kejayaan penting dalam bidang sukan tahun ini, termasuk pencapaian cemerlang dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi dan Sukan Asia di Guangzhou, China.

“Dengan kejayaan yang begitu sukar dicapai dalam bola sepak, menjadikan tahun ini begitu sukar dilupakan bagi sukan Malaysia. Semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dipamerkan dengan penuh kebanggaan bukan saja oleh pemain di gelanggang, malah jutaan penyokong yang memberikan sorakan semangat untuk pasukan Malaysia menempa kejayaan,” katanya.

Kredit : http://www.bharian.com.my/d

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))