Presiden PSSI dakwa Malaysia guna ilmu hitam

December 29, 2010
PRESIDEN Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid berkata Malaysia menggunakan ilmu hitam sehingga membuatkan penjaga gol utama mereka, Markus Horison Rihihina mengalami gatal-gatal ketika bertandang ke Kuala Lumpur bagi final pertama Piala Suzuki AFF, Ahad lalu.


Beliau berkata, gangguan itu turut dialami dua lagi penjaga gol skuad kebangsaan negara itu ketika mereka menjalani sesi latihan.

“Saya mendapat laporan daripada dua pembantu jurulatih pasukan, Widodo C Putro dan Wolfgang Pikal yang mengatakan ada taburan berbentuk serbuk di depan gawang ketika mereka berlatih. Hal itu membuatkan penjaga gol mengalami gatal-gatal,” akhbar Kompas memetiknya sebagai berkata, semalam.

Malah, beliau turut memberitahu kelewatan bas untuk membawa mereka ke tempat latihan juga bagaikan disengajakan bagi mengurangkan masa latihan pasukan Indonesia.

“Pemain kami mendapat layanan buruk daripada pihak Malaysia sebelum pertandingan bermula lagi,” katanya sewaktu meninjau persiapan pasukan Indonesia di Lapangan C, Jakarta.

Mengenai tembakan laser yang dianggapnya dilakukan penyokong Malaysia, Nurdin berkata, PSSI sudah memanjangkan isu itu kepada AFF. “Saya harap ia menjadi pelajaran berharga bagi Persatuan Sepak Bola Malaysia (FAM). Kejadian ini tentunya akan menjadi peringatan keras buat Malaysia. Kami sudah secara rasmi mengirimkan surat rasa tidak puas hati kami kepada AFF pagi tadi. Surat protes kami pun akan menjadi pembicaraan dalam agenda rasmi mesyuarat dengan AFF esok,” katanya.

Begitupun, Nurdin memberi jaminan akan memberi keutamaan kepada keselamatan pemain Malaysia yang akan beraksi bagi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam ini.

Beliau juga meminta penyokong Indonesia supaya mengutamakan semangat kesukanan pada perlawanan itu nanti.

“Saya rasa, tiada masalah dengan penyokong kami seperti mana yang berlaku ketika perlawanan peringkat kumpulan di Jakarta,” katanya.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))