Penduduk pantai timur paling aktif guna Internet

December 31, 2010

PENDUDUK di pantai timur didapati paling aktif dalam jaringan sosial dalam talian atau di Internet berbanding wilayah lain di negara ini.

Pengurus Wilayah Pantai Timur Maxis Communications Berhad (Maxis), Mazlan Mokhtar berkata, berdasarkan satu kajian, trafik penggunaan Internet di kalangan penduduk di Terengganu dan Kelantan antara yang tertinggi di negara ini.

“Bagi Maxis, ia adalah potensi besar pasaran untuk jalur lebar yang kami sediakan,” katanya. Menurut Mazlan, pakej yang bersesuaian ditawarkan syarikat itu kepada pelbagai lapisan dan peringkat umur pelanggan, menjadi tarikan utama, sekali gus menambah bilangan pengguna khidmat jalur lebar Maxis.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))