Mourinho luah rasa kecewa

December 28, 2010
LISBON - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menyangkal prospek untuk membimbing pasukan kebangsaan selepas tidak dibenarkan melatih skuad negaranya, Portugal secara sementara baru-baru ini.


Mourinho telah ditawarkan jawa- tan sementara tersebut bagi menggantikan Carlos Queiroz tetapi Real menghalang niat tersebut, sekali gus menyaksikan Paulo Bento dilantik sebagai jurulatih sepenuh masa skuad kebangsaan tersebut.

Bekas jurulatih Inter Milan dan Chelsea itu kemudian menggambarkan situasi tersebut sebagai 'satu kekecewaan yang besar dalam kariernya bagi tahun 2010'.

"Saya percaya bahawa saya tidak akan menjadi jurulatih skuad kebangsaan kerana ia melibatkan persoalan tentang mentaliti dan juga personaliti," kata Mourinho.

"Saya seorang jurulatih yang bekerja keras setiap hari, bersedia berdepan tiga perlawanan dalam seminggu sekiranya perlu.

"Tetapi buat masa ini, saya sangat bermotivasi untul melakukannya."

Mourinho juga melontarkan pujian kepada pemain bintang Portu- gal dan Real, Cristiano Ronaldo dengan menjelaskan bekas bintang Manchester United itu adalah seorang pemain yang luar biasa.

"Dia seorang pemain yang hebat, lelaki yang luar biasa," kata Mourinho.

"Fizikalnya kini lebih kuat dari- pada sebelumnya. Saya percaya dia berada pada landasan terbaik untuk mempamer prestasi terhebatnya musim ini."

Real mengharungi cuti rehat pada musim sejuk ini dengan mengejar rapat musuh ketat mereka, Barcelona dengan dua mata dalam Liga Sepanyol dan Mourinho sedar dia kini dalam tekanan untuk menghadiahkan kejuaraan tersebut sece- pat mungkin.

"Dalam sesebuah institusi yang besar, tekanannya juga sudah pasti sangat hebat.

"Kalau boleh saya mahu kekal di sini sehingga kontrak saya tamat. Tetapi kita semua tahu bahawa saya tidak mungkin akan kekal di sini selama dua atau tiga tahun tanpa memenangi sebarang trofi.

"Saya sudah arif dalam asam garam bola sepak," kata Mourinho yang mempunyai kontrak selama empat tahun di Real.

- AFP

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))