Jersi negara habis dijual

December 31, 2010

SKUAD kebangsaan yang menjulang Piala Suzuki AFF berjaya mencetuskan fenomena di peminat bola sepak apabila semua jersi pertama dan kedua pasukan negara habis terjual di semua kedai Nike dan Al-Ihsan.

Pengurus Pemasaran Jualan Nike, Menaha Nadaraja mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

“Kami tidak sangka sambutan jersi kebangsaan terlalu tinggi dan laris terjual tidak sampai sebulan. Kini yang tinggal hanya jaket pasukan kebangsaan,” katanya.

Ketiadaan jersi di kedai Nike dan Al-Ihsan bermakna peminat tidak akan memperoleh mendapatkannya sehingga stok baru tiba di tanah air, April depan.

“Jualan untuk kejohanan AFF bermula pada 3 Disember lalu. Selepas itu, pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir dan jersi mula laris. Sejurus sebelum final pertama pada 26 Disember, semua jersi sudah habis,” kata Menaha.

Ini adalah kali kedua jersi kebangsaan habis terjual di pasaran selepas kali pertama ketika pemain negara meraih pingat emas Sukan Sea 2009 Laos.

Menaha berkata, Nike akan terus menjalin kerjasama erat dengan FAM kerana yakin banyak lagi kejayaan akan dilakar menerusi gandingan mereka.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))