Giliran kita pula ganyang

December 27, 2010
Ledakan dua gol Safee, satu Ashari pastikan Malaysia selesa ke Jakarta


EPISOD malam tadi lebih terarah kepada cerita sang Garuda bagai patah sayap dan pulang dengan mimpi ngeri apabila Harimau Malaya mengganas ketika Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi skuad negara tampil gah membaham musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF.

Kemenangan penting itu meletakkan skuad bimbingan K Rajagobal di ambang lakaran sejarah untuk menjuarai piala berprestij itu buat julung kali biarpun perlu mengharungi 90 minit lagi baki permainan apabila bertandang di Gelora Bung Karno, Rabu ini.
Mohd Safee Sali sekali lagi meledak dengan dua gol pada minit ke-60 dan 72 - sekali gus mengulangi sentuhan tajam ketika membantu Malaysia menundukkan Vietnam 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir yang lalu.

Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68.

Apapun, malam tadi harus dirumuskan tuah pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha yang pulang ke Kota Bharu, sehari sebelum perlawanan untuk bersanding apabila mencipta dua gerakan menarik untuk membolehkan Safee dan Mohd Ashari merobek gawang lawan.

“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata Rajagobal yang harus tidak menafikan betapa penyerang Kelantan itu menjadi arkitek merencanakan dua gol pertama pasukan tuan rumah yang membuka laluan melakar kemenangan besar penuh bermakna.
Dengan wajah riang pengendali yang kian memikat hati peminat tanah air ketika ini menambah: “Saya juga perlu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain kerana persembahan bak wira untuk negara.”

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))